Tuesday, December 4, 2012

SAHABAT


Assalammualaikum. Sahabat? ramai yg kata mereka mempunyai sahabat, adakah itu sahabat yg sebenar? adakah dia membawa kita ke Syuga Nya atau ke Neraka jahanam Nya? kita seperti "Capten" sebuah kapal besar yg menuju ke suatu tempat, jika pekerja didalam kapal itu berpengaruh Baik maka ke tempat yg baiklah kita akan tuju, jika mereka berpengaruh Tidak Baik maka ke tempat yg tidak baiklah kita di bawa,

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Mempunyai satu sahabat sejati lebih brharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
NAMUN BEGITU ADA KALANYA
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi yang membuatkan sesuatu persahabatan itu mempunyai nilai indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……
Assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment